fbpx

Impak De Bruyne mengagumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE berjaya menyempurnakan hantaran cantik daripada Foden untuk meledak gol tunggal perlawanan buat City. – MAN CITY

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji impak yang diberikan oleh Kevin De Bruyne selepas meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Dalam aksi di Stadium Etihad itu, City meraih kelebihan tipis selepas De Bruyne berjaya menyudahkan hantaran yang diberikan oleh pemain gantian, Phil Foden pada babak kedua.

Bagaimanapun, Guardiola mengakui, taktikal negatif dipamerkan Atletico telah menyukarkan barisan pemainnya untuk beraksi seperti biasa tetapi masih berupaya melakar kemenangan disebabkan kebijaksanaan permainan De Bruyne dan Foden.

“Aksi ini cukup sukar kerana pasukan lawan bertahan sepanjang 90 minit permainan. Namun, saya berpuas hati dengan keputusan yang diraih ini meskipun masih ada satu lagi perlawanan yang akan berlangsung di Madrid minggu depan.

“Jika ditanya mengenai pres­tasi individu, sudah tentu saya kagum dengan apa yang telah dipamerkan oleh De Bruyne. Dia sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol berdasarkan pres tasinya ketika ini.

“Kombinasi serta persefahaman yang baik dengan Foden yang baru dimasukkan sebagai pemain gantian membuahkan hasil. Saya berpuas hati dengan impak yang diberikan oleh ke­dua-dua pemain ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Guardiola percaya pertukaran taktikal adalah salah satu punca utama kemenangan pasukannya dalam aksi tersebut.

“Ketika perlawanan agak hambar, saya membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Jack Grealish, Foden dan Gab­riel Jesus. Saya anggap ia adalah perubahan taktikal yang bagus memandangkan pasukan sudah kepenatan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI