fbpx
Ruzaidi (tengah) dan Hilmi (kanan) melepaskan anak penyu di Pantai Rantau Abang, Dungun hari ini.

Tiga anak penyu pulih dirawat dilepaskan ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Tiga ekor anak penyu yang sebelum ini dirawat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang telah dilepaskan semula ke laut di Pantai Rantau Abang di sini hari ini.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, ketiga-tiga anak penyu berusia antara tiga hingga empat tahun itu sebelum ini telah tercedera akibat terperangkap di dalam pukat.

“Dua ekor anak penyu agar dan seekor anak penyu karah tersebut ditemui di pesisir pantai seluruh Terengganu dalam keadaan cedera.

“Ketiga-tiga haiwan reptilia itu telah diselamatkan sebelum dibawa ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di sini untuk menjalani rawatan,” katanya pada pelancaran Bulan Kesedaran Penyu peringkat Terengganu di Pantai Rantau Abang di sini hari ini.

Ruzaidi berkata, tiga anak penyu itu berjaya diselamatkan sepanjang musim tengkujuh lalu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sebanyak 31 ekor penyu yang kebanyakannnya spesies agar telah ditemui mati di sekitar pesisir pantai Terengganu dalam tempoh sama. – KOSMO! ONLINE

POPULAR