SEGAMAT – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap selepas mencatat kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Calon Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 14,054 undi untuk menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Rozy Razit, yang meraih 5,454 undi, sekali gus menang dengan majoriti 8,600 undi.
Kemenangan itu membolehkan Zahari terus diberi mandat sebagai wakil rakyat Buloh Kasap, selain mengukuhkan kedudukan BN di kawasan Parlimen Segamat apabila berjaya mempertahankan antara kerusi tradisi gabungan berkenaan. – KOSMO! ONLINE















