fbpx

Pelayan restoran maut langgar tong sampah PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan mangsa selepas melanggar tong sampah milik sebuah PBT di Kampung Delek, Klang semalam

KLANG – Seorang pelayan restoran maut selepas motosikalnya ditungganginya melanggar tong sampah milik sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Kampung Delek di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, Nurul Fazira Abdullah,21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara, pembonceng motosikal yang juga rakannya, Elyana Nur Fatihah Helmie Shahril, 13, cedera di bahagian tangan.

Insiden tular di laman sosial Facebook menerusi video dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan berdurasi 36 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Modenas dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Kampung Delek dari Jalan Sungai Undang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa telah berlanggar dengan tong sampah milik sebuah PBT yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Ini menyebabkan motosikal itu gagal dikawal sebelum terbabas di atas jalan raya dengan Nurul Fazira meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa termasuk yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut.

Hoong Foong menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI