fbpx

Dino Morea kecewa akibat terlalu tampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DINO MOREA

NAMA pelakon Dino Morea bukan lagi asing dalam industri perfileman Bollywood. Memulakan kerjayanya sebagai model antarabangsa, Dino kemudiannya diberi peluang membintangi sebuah filem berjudul Raaz, sekali gus menjadi debutnya pada tahun 2022.

Meskipun berjaya meniti zaman kegemilangannya sebagai pelakon, siapa sangka Dino juga sebenarnya pernah berdepan pengalaman pahit gara-gara memiliki wajah yang terlalu tampan.

Menerusi sebuah wawancara bersama Hindustan Times, pelakon berusia 46 tahun itu mengaku pernah tidak mendapat sebarang tawaran untuk berlakon hanya kerana wajahnya yang terlalu sempurna.

Kedengaran sangat aneh, namun itulah realiti yang terpaksa dilalui oleh Dino apabila sering ditolak oleh pengarah untuk membintangi filem kerana paras rupa yang tiada cacat cela.

“Pengarah melihat saya dengan pandangan berbeza. Saya selalu diberitahu memiliki wajah yang tampan sehingga pihak produksi tidak mahu memberikan watak kepada saya.

“Saya berasa sangat aneh sebenarnya,” kata Dino.

Gara-gara itu, Dino akhirnya merasakan bahawa wajah tampan tidak memberikan sebarang kelebihan buat dirinya, lebih malang membuatkan dia kecewa.

“Menjadi tampan kadang-kadang tidak berguna di Bollywood,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI