fbpx
Gambar yang dikongsi pengguna terbabit di aplikasi Threads.

Kecewa bawa kereta 500km, akhirnya kena scam di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat sebuah keluarga dari Johor Bahru untuk bercuti dengan tenang di Cameron Highlands tidak kesampaian apabila ditipu scammer yang menyamar sebagai pemilik homestay (inap desa).

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang individu dikenali sebagai Paehhhh berkata, pihaknya telah menempah sebuah inap desa di tanah tinggi tersebut.

Nak pergi bercuti dekat Cameron Highland 4 hari 3 malam, dah siap-siap book (tempah) homestay yang 4 bilik 3 bilik air sebab ramai.

“Sampai-sampai tengok rumah For Sale/ For Rent (untuk dijual/sewa). Kecewa semua lepas bawak kete 500km dari Johor Bahru rupanya kene scam. Kejamnya lah kau Ahmad buat family (keluarga) aku gini,” tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit dan menasihatkan mereka agar lebih berhati-hati selepas ini.

“Untuk lebih selamat pastikan tempah melalui platform macam Airbnb. Saya sebagai pemilik homestay pun tak berani nak booked direct (tempah terus) sebab banyak sangat scammer sekarang,” komen Mnk_staycation.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wanicameronhighland.

“Kalau tempah homestay dekat Cameron Highlands dorang ada ID. Hati hati ye, banyak yang dah terkena,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN