fbpx

Taecyeon tak malu ibu bapa uruskan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAECYEON

MESKIPUN sudah menginjak usia 35 tahun dan cukup dewasa untuk membuat keputusan, namun berbeza bagi anggota kumpulan 2PM, Taecyeon yang masih mengharapkan kedua-dua ibu bapa menguruskan perihal kewangannya.

Pelakon Cinderella’s Sister itu bahkan mendedahkan, ibu bapanya masih memberikan wang belanja buatnya tak ubah seperti masih di bangku sekolah.

“Ibu bapa yang mengurus dan mengawal kewangan saya. Walaupun sudah berusia 35 tahun tapi masih menerima duit belanja daripada mereka.

“Mungkin bagi setengah orang perkara tersebut agak janggal kerana masih mengharapkan ibu bapa untuk menguruskan kewangan peribadi, tetapi tidak bagi saya. Saya bahagia dengan cara ini,” katanya.

Pendedahan tersebut dibuat pelakon drama popular, Vincenzo itu ketika ditemu bual bersama majalah Star 1 baru-baru ini.

Terdahulu, namanya tular dalam media sosial selepas beberapa berita palsu tersiar mengaitkan dirinya berdepan dengan masalah alkohol.

Berkesempatan memperbetulkan keadaan, dia menepis sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas tersebut.

“Saya rasa beberapa berita palsu sudah tersebar. Keinginan saya terhadap minuman keras tidak terlalu tinggi.

“Kalau dahulu, jumlah botol yang diminum jadi keutamaan tapi sekarang saya lebih tertarik kepada rasa minuman itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI