fbpx

Flash Express Malaysia sasar tawar 10,000 peluang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Flash Express Malaysia telah memulakan operasi di Malaysia sejak September tahun lalu

PETALING JAYA – Penyedia perkhidmatan penghantaran, Flash Express Malaysia mensasarkan penawaran sebanyak 10,000 peluang pekerjaan selaras dengan pembukaan syarikat itu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Flash Express Malaysia, Di Wei Jie berkata, pihaknya berasa teruja untuk membuka cawangan baharu di Malaysia selepas mengoperasikan syarikat itu di Thailand, Filipina dan Laos.

“Menggunakan cogan kata ‘In mind, In Delivery’, kami memberi fokus untuk menyediakan perkhidmatan segera, dipercayai dan berkualiti kepada pelanggan.

“Flash Express Malaysia telah memulakan operasi menerusi hub kami di Klang, Selangor pada 3 September tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, pihaknya juga komited dalam memastikan kualiti pasukan mereka pada tahap terbaik selain meningkatkan kecemerlangan tadbir urus syarikat.

“Buat masa ini, kakitangan kami seramai 4,000 orang dan mensasarkan jumlahnya mencapai 10,000 pekerja pada tahun ini termasuk penghantar barang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI