fbpx

Semburan hidung anti Covid-19 sedia diguna akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS-SAINTIS sedang membangunkan semburan hidung anti Covid-19. - Flickr

BANGKOK – Semburan hidung anti Covid-19 baharu yang dibangunkan saintis Thailand yang mampu mencegah koronavirus itu dijangka tersedia kepada orang ramai menjelang akhir tahun ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Dalam kajian menggunakan haiwan di makmal, semburan hidung itu didapati berjaya menghalang virus berkenaan daripada memasuki badan. 

Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Universiti Silpakorn, Universiti Chulalongkorn, Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan dan organisasi biosains swasta yang tidak dinamakan sedang bekerjasama untuk menghasilkan semburan itu.

Sejak pandemik Covid-19 tahun lepas, kumpulan penyelidik telah mengusahakan semburan itu dengan pembiayaan daripada sektor perniagaan dan Institut Penyelidikan Perkhidmatan Manusia (HSRI) yang dikendalikan oleh kerajaan. 

Ciptaan itu diserahkan kepada sektor komersial yang menjalankan kajian perubatan bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).

“Semburan itu dijangka sedia dijual pada suku ketiga tahun ini,’’ menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.

Semburan itu berdasarkan kajian terdahulu menggunakan antibodi monoklonal yang dikumpulkan daripada pesakit Covid-19 yang telah pulih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI