fbpx
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Malaysia Masters. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei mudah ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bermula langkah kanan pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters selepas meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, gandingan juara dunia itu menang mudah 21-6, 21-14 ke atas Jonathan Lai-Crystal Lai dari Kanada.

Walaupun mencatat kemenangan mudah, namun Tang Jie enggan berasa terlalu selesa dan sedia untuk mempamerkan aksi lebih baik di pusingan kedua esok.

“Saya rasa ini satu permulaan yang sangat bagus hari ini dan harap kami boleh menampilkan aksi lebih baik esok,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching tidak dapat mengikut jejak langkah Tang Jie-Ee Wei ke pusingan kedua.

Pemain No.33 dunia itu terpaksa akur tewas dalam aksi tiga set 21-12, 13-21, 23-25 kepada Nguyen Thuy Linh dari Vietnam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN