fbpx
Anwar ketika menerima kunjungan 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Negara di Putrajaya hari ini.

PM mahu diplomat perkukuh diplomasi ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada 13 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal menggalas tanggungjawab mewakili negara di pelbagai rantau strategik dunia.

Anwar berkata, beliau menekankan keperluan untuk terus memperkukuh keupayaan diplomasi ekonomi negara khususnya dalam usaha menarik perdagangan, pelaburan berkualiti tinggi serta meneroka peluang kerjasama strategik demi memperkasa pertumbuhan ekonomi negara secara mampan.

“Peranan diplomat pada masa kini tidak lagi terbatas kepada urusan protokol dan hubungan rasmi antara negara semata-mata.

“Seorang diplomat perlu mempunyai kefahaman mendalam terhadap sejarah, budaya, sistem politik serta nuansa masyarakat setempat supaya setiap bentuk keterlibatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bermakna,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan kepentingan usaha berterusan untuk membimbing serta memperkasa generasi diplomat muda agar memiliki keluasan ilmu, ketajaman pemikiran dan kemampuan menghadapi cabaran geopolitik serta ekonomi global yang semakin kompleks.

Beliau berkata, Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip kesederhanaan, kestabilan, tata kelola yang baik serta pendekatan diplomasi berteraskan kebijaksanaan dan nilai kemanusiaan sejagat dalam membawa suara negara di pentas dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN