fbpx
Keadaan Honda HR-V (kiri) dan Proton X50 selepas terlibat kemalangan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur petang tadi. Foto JBPM

Lelaki tersepit kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuchai Lama, di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan pada pukul 6.53 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Umar Farook Saadon, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dan Proton X50 serta kereta Perodua Ativa.

“Honda HR-V dinaiki tiga mangsa masing-masing pemandu lelaki tersepit dan mengalami patah kaki kanan, manakala dua penumpang wanita cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, SUV Proton X50 pula melibatkan dua mangsa masing-masing penumpang wanita yang cedera pada tangan dan kaki, manakala pemandu lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu Perodua Ativa seorang lelaki dewasa juga tidak cedera,” ujarnya.

Katanya, pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit pada pukul 7.30 malam sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN