fbpx

Mazlan ingat UMNO akan terima? – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin hadir mempengerusikan Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar parti itu, hari ini.

Muhyiddin turut mempersoalkan di mana maruah Mazlan yang menang dalam Pilihan Raya Umum pada 2018 lalu atas tiket Bersatu ketika itu.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk pihaknya bercakap tentang Mazlan kerana kerajaan negeri Johor ketika ini sudahpun dibubarkan.

“Di mana maruah dan mengapa dia berkelakuan begini? Mengapa hanya sekarang baru nak bersuara atau dia tahu tidak akan menjadi calon Bersatu (dalam PRN Johor).

“Dia (Mazlan) mahu sertai UMNO? Dia ingat UMNO akan lantik dia sebagai calon. Berapa ramai orang yang dibawa sekali, dua? Mengapa tidak 200,000 orang,” katanya tanpa berniat untuk mengajuk perkara yang berlaku.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Perikatan Nasional di pejabat Bersatu Bahagian Pagoh, di sini hari ini.

Tambah bekas Perdana Menteri itu, tindakan Mazlan yang juga merupakan bekas Pengerusi Bersatu Johor itu tidak lagi relevan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI