fbpx
STATISTIK menunjukkan 30 peratus kedai-kedai mempunyai bekalan parasetamol yang terhad. - Getty Images/iStockphoto)

Britain hadapi masalah kurang bekalan ubat parasetamol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) di Britain memaklumkan berlakunya kekurangan bekalan ubat parasetamol dan ibuprofen ketika penularan varian Omicron di negara itu, lapor akhbar Mirror UK.

Statistik menunjukkan 30 peratus kedai-kedai mempunyai bekalan parasetamol yang terhad kerana orang ramai cuba melawan virus itu dengan menyimpan stok ubat tahan sakit tersebut di rumah.

“Orang ramai mengambil suntikan penggalak. Ini bermakna permintaan produk ini akan meningkat dengan mereka mengalami demam, selsema atau dijangkiti Covid-19,’’ kata seorang pakar perubatan, Profesor Richard Wilding.

“Bekalan perlu benar-benar memenuhi permintaan. Keadaan rantaian bekalan ketika ini mengalami banyak turun naik. Oleh itu, produk seperti ini mungkin terganggu,’’ jelas beliau.

Kekurangan ubatan itu adalah ketara ketika perayaan Krismas dengan ONS menunjukkan ia turut berkurangan antara 17 hingga 25 Disember tahun lalu.

Bekalan di seluruh negara menyusut sebanyak 25 peratus dari segi ketersediaannya, lapor akhbar The Telegraph. – Agensi

POPULAR