fbpx
Seorang guru lelaki (kanan) direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap dua pelajar di Mahkamah Majistret Besut hari ini.

Guru Besut tular isu ‘sentuh’ pelajar direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang guru lelaki ditahan reman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap dua pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Nurliyana Md. Zukri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu suspek berusia 42 tahun ditahan di rumah keluarganya di daerah ini pada pukul 3.25 petang semalam.

Difahamkan penahanan dilakukan berikutan laporan polis dibuat dua mangsa terbabit.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang guru di daerah ini terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas beberapa pendedahan dibuat oleh seorang pempengaruh di laman Facebook.

Situasi itu menyebabkan netizen menggesa Kementerian Pendidikan serta pihak berwajib untuk segera menjalankan siasatan secara tulus kerana ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN