PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Sarawak ialah Kuching, Serian, Samarahan, Kapit melibatkan Song, selain Miri dan Marudi di bahagian Miri serta Limbang.
Di Sabah pula, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Pedalaman melibatkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort selain Ranau di Pantai Barat.
Turut terlibat ialah Tawau serta beberapa kawasan di Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan. – KOSMO! ONLINE














