PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Perak ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta di Johor membabitkan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melanda Marudi di Miri dan Limbang, Sarawak serta Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Papar di Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat cuaca terkini yang dikeluarkan MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.















