fbpx

Sampah banjir di 13 lokaliti telah berjaya bersihkan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas pembersihan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sebanyak 13 lokaliti yang terjejas banjir ini telah berjaya dibersihkan sampahnya secara penuhnya setakat ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya berkata, ini melibatkan sembilan di daerah Petaling merangkumi Seksyen 13, Seksyen 19, Seksyen 22 (Kampung Kebun Bunga), Seksyen 23, Seksyen 28 (Kampung Lanchong Jaya), Seksyen U1 (Taman Mesra) dan Seksyen U3 (Desa Subang Perantau).

Selain itu, adalah Seksyen U6 (Kampung Melayu Subang) dan U17 (Kampung Merbau Sempak / Kampung Kubu Gajah) sebagai lokaliti terbaru yang telah siap sepenuhnya.

“Bagi daerah Klang pula meliputi empat lokaliti iaitu Seksyen 32, Seksyen 33 (Alam Indah), Seskyen 35 (Taman Desa Kemuning dan Seksyen 36 (Taman Sri Wangi, Sungai Kandis).

“Sri Muda mencatatkan pengeluaran sampah sebanyak 2,382 metrik tan hari ini,” katanya hari ini.

Jelas MBSA, secara keseluruhannya sebanyak 2,868 metrik tan sehari dikutip dengan pecahan 314 metrik tan di daerah Petaling dan Klang (2,554 metrik tan).

“Jumlah kumulatif sampah yang dikeluarkan di lokaliti banjir MBSA adalah sebanyak 31,374 metrik tan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI