fbpx

Individu miliki pegangan agama lebih bersedia hadapi makhluk asing – NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASA mendapati bahawa penemuan makhluk asing akan menguatkan iman pengikut sesebuah agama. - Alamy Stock Photo

WASHINGTON – Satu penyelidikan yang dibiayai oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendapati bahawa individu yang mempunyai pegangan agama adalah lebih bersedia untuk berdepan dengan makhluk asing berbanding golongan ‘atheis’ iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Seramai 24 orang pakar berkumpul di Pusat Siasatan Teologi Universiti Princeton pada 2016 untuk mengetahui bagaimana sesetengah agama tertentu boleh menerima makhluk dari dunia lain.

Jurucakap NASA memberitahu akhbar The Hill bahawa program astrobiologi agensi itu menyokong siasatan dengan pembiayaan separuh berjumlah AS$1.1 juta (RM4.59 juta) dalam geran untuk kajian antara 2015 dan 2017.

Menurutnya, sebilangan besar manusia akan kembali kepada ajaran agama mereka untuk bimbingan jika mengetahui bahawa makhluk asing sememangnya wujud.

Bagaimanapun, golongan ‘atheis’ akan tercari-cari pegangan hidup sekiranya makhluk asing muncul di hadapan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI