fbpx

Organ berlubang selepas jalani pembedahan sedut lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gomez dilaporkan 'menjadi agak tidak stabil' selepas pembedahan walaupun doktor dilaporkan memberitahu keluarganya bahawa prosedur itu pada mulanya berjaya - Newsflash

MADRID – Seorang wanita kini sedang bertarung nyawa apabila organ penting pada badannya berlubang selepas menjalani satu pembedahan kosmetik di Sepanyol, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sara Gomez, 39, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani prosedur pembuangan lemak atau ‘lipo’ di sebuah pusat perubatan di bandar Murcia pada 2 Disember lalu.

Dia membayar wang berjumlah €5,700 (RM26,915) untuk pembedahan di pusat perubatan Virgen de la Caridad yang bertujuan membuang lemaknya dan menghentikan lebih banyak sel lemak daripada terhasil. 

Gomez dilaporkan ‘menjadi agak tidak stabil’ selepas pembedahan walaupun doktor memberitahu keluarganya bahawa prosedur itu pada mulanya berjaya.

Sebelum pembedahan, Gomez memberitahu doktor bahawa dia telah pun menjalani pembedahan sedut lemak di bahagian perutnya, namun dia diberitahu bahawa ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah.

Keadaan kemudiannya berubah menjadi buruk selepas ibu kepada dua orang anak itu dipindahkan ke Hospital Santa Lucia, di mana keluarganya mendakwa dia dibiarkan dalam keadaan berdarah dengan teruk.

Gomez terpaksa menjalani pembedahan selepas didapati mengalami luka pada pelbagai organ termasuk buah pinggang, hati, duodenum dan usus.

Keadaan wanita itu disifatkan berlaku disebabkan oleh kecuaian perubatan, dengan keluarganya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI