fbpx

Lelaki bersanding, konvokesyen serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki (kiri) menghadiri majlis konvokesyen secara maya yang berlangsung serentak dengan majlis perkahwinannya. - TikTok

JAKARTA – Satu rakaman video  memaparkan seorang lelaki bersanding dan menghadiri majlis konvokesyennya secara serentak menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam. 

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok milik @maddun.photo itu, kelihatan seorang lelaki lengkap memakai jubah konvokesyen sedang menghadiri acara tersebut secara maya.

Dia  berdiri di atas pelamin bersama isterinya yang lengkap berpakaian pengantin.

“Perasmian graduan maya bagi program program pengajian Kejuruteraan Industri,” demikian kata pengacara majlis.

Netizen yang menonton video tersebut kemudian meninggalkan pelbagai komen.

“Dapat ijazah bersama ijab kabul sah,” komen seorang netizen.

“Bahagianya jadi berganda,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI