fbpx

Perkhidmatan Pos Malaysia di kawasan banjir dijangka lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan kurier Pos Malaysia dijangka mengalami sedikit kelewatan bagi penghantaran mel dan bungkusan di kawasan-kawasan terjejas banjir. - FOTO: AMIR KHALID

PETALING JAYA – Perkhidmatan kurier Pos Malaysia dijangka mengalami sedikit kelewatan bagi penghantaran mel dan bungkusan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kelewatan dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Kami sedang gigih berusaha untuk memulihkan perkhidmatan secepat yang mungkin. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Kami akan terus menyalurkan maklumat terkini melalui laman sesawang dan platform media sosial kami,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, orang ramai boleh menghubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my atau di aplikasi mudah alih Pos Malaysia sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Orang ramai juga boleh merujuk senarai kawasan yang terjejas di pautan bit.ly/posservicedelaysfromflood. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI