KLUANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam bagi membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau yang juga calon Barisan Nasional dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16 itu tiba kira-kira pukul 8.06 pagi sebelum keluar dari pusat pengundian kira-kira pukul 8.35 pagi.
Onn Hafiz turut sempat menyapa pengundi yang turut mengundi di SK Simpang Renggam.
Dalam PRN kali ini, Onn Hafiz bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan.
Pada PRN 2022, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,543 undi selepas meraih undi 11,029 undi menewaskan pesaingnya, Azlisham Azahar (PN), R. Sangaran (Muda) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang). – KOSMO! ONLINE















