fbpx

Jadual Liga M punca aksi hambar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. YUSOFF (kanan) meminta agar Cheng Hoe diberi peluang membuat laporan mengenai skuad Harimau Malaya dan serahkan kepada jawatankuasa buat keputusan.

PENJADUALAN pertandingan liga di peringkat domestik perlu diperkemaskan bagi memastikan skuad Harimau Malaya mendapat ruang seluas-luasnya untuk melakukan persiapan lebih rapi pada Piala AFF Suzuki akan datang.

Pengurus Harimau Malaya, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi menjelaskan, kegagalan kali ini adalah disebabkan banyak faktor.

“Kemahuan jurulatih kena dipenuhi kerana persiapan adalah cukup penting, malah beliau pun pernah katakan yang persiapan kita agak singkat.

“Liga yang panjang malah ada pemain dipanggil tidak dapat turut serta kerana isu kecederaan. Ini bukan soal mencari salah siapa tetapi kegagalan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah disebabkan banyak faktor.

“Apa yang kita dapat, ini yang kita buat. Jadi kita kena lihat apa yang perlu dilakukan untuk akan datang.

“Contohnya, kalau kita mahu berperang tetapi ini tidak ada, itu tidak ada.. jadi bagaimana kita akan benar-benar bersedia?” katanya ketika dihubungi semalam.

Selepas ini, cabaran lebih getir menanti Harimau Malaya apabila perlu mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun depan.

Mohd. Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) me­negaskan, segala kata putus kini berada sepenuhnya di tangan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan pimpinan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

“Cheng Hoe akan buat laporan dari aspek teknikal dan saya akan lakukannya dari sudut pe­ngurusan. Beri peluang kepada Cheng Hoe laporkan apa yang tidak kena. Selepas itu kita serahkan kepada jawatankuasa buat keputusan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI