WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat(AS) meluluskan rang undang-undang(RUU) dasar pertahanan tahunan dengan undi tipis semalam, membenarkan peruntukan tertinggi AS$1.15 trilion(RM4.70 trilion) kepada Pentagon ketika perang menentang Iran berlarutan.
Secara tradisi, RUU pertahanan mendapat sokongan ketara kedua-dua kerajaan dan pembangkang, namun Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA) 2027 itu diluluskan Dewan Perwakilan dengan undian 216-212, mencerminkan perbezaan yang semakin meningkat di bawah Presiden Donald Trump.
RUU yang masih perlu diluluskan Dewan Senat itu menyediakan kira-kira AS$250 bilion(RM1.02 trilion) lebih tinggi daripada NDAA 2026, termasuk kenaikan gaji 5 hingga 7 peratus untuk kakitangan pertahanan.
“Legislatif ini memberikan kenaikan gaji yang sudah lama tertunggak kepada anggota perkhidmatan kami yang berani, mengukuhkan pencegahan nuklear dan pertahanan peluru berpandu kami termasuk pembinaan ‘Golden Dome’,” kata Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson.
Trump berusaha untuk membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu dinamakan Golden Dome untuk melindungi tanah besar AS, yang ditiru daripada sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome. – AFP














