fbpx

Dua nelayan dikhuatiri lemas, tali pukat terbelit kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maritim Malaysia menjalankan operasi (SAR) bagi mengesan dua nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di Sungai Rengit, Batu Pahat, pagi hari ini.

BATU PAHAT – Dua nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika bot yang dinaiki sedang menarik pukat di Sungai Rengit, di sini, pagi hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Goh Chin Ka, 66 dan Yap Kok Hoong, 33, terjatuh selepas tali pukat bot berkenaan putus sebelum membelit kaki kedua-dua mangsa.

“Maritime Rescue Sub-Centre Johor Bahru menerima maklumat awal daripada rakan nelayan yang menghubungi Zon Maritim Batu Pahat pada pukul 8.30 pagi. Berikutan itu, pihak kami telah mengatur gerak Bot Benteng 5 ke lokasi kejadian iaitu di kedudukan 14.6 batu nautika barat daya Sungai Rengit.

“Setibanya di lokasi, tekong bot memaklumkan kejadian berlaku sewaktu bot berkenaan sedang menarik pukat dan kedua-dua mangsa berada di belakang bot. Namun, secara tiba-tiba tali pukat putus dan telah membelit kaki kedua-dua mangsa sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, mangsa didakwa tidak boleh berenang dan ketika kejadian, kedua-duanya juga tidak dilengkapi dengan jaket keselamatan.

“Tekong bot cuba mencari mangsa di kawasan sekitar namun tidak berhasil. Sehubungan itu, OPS CARILAMAT diaktifkan pada pukul 8.40 pagi dan operasi ini turut disertai pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta komuniti nelayan setempat.

“Selain itu, Maritim juga telah menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini kepada Badan SAR Nasional (BASARNAS) Indonesia bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI