fbpx
MAYAT mangsa dibawa ditemui terapung kira-kira 400 meter daripada lokasi kejadian di Pantai Balok di Kuantan.

Mayat pelajar cari kepah terapung 400 meter dari lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pelajar tingkatan empat yang hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok berhampiran Maahad Tahfiz Turath di sini semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa, Luqman Kamil Jamaluddin,16, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira-kira pukul 2.15 petang.

“Mayat mangsa telah dijumpai pada jarak 400 meter dari muka kuala dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok kira-kira pukul 6.02 petang.

Susulan itu, operasi dilakukan bermula petang semalam sebelum disambung semula hari ini bagi mencari mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN