fbpx

Kerja naik taraf Jalan Perajurit siap Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja menaik taraf bahu jalan di Jalan Perajurit dekat Ipoh Garden East , Ipoh yang dijangka siap pada Januari depan.

IPOH – Kerja-kerja menaik taraf bahu jalan di Jalan Perajurit dekat Ipoh Garden East di sini sedang dijalankan bagi memberi keselesaan kepada para pengguna apabila laluan berkenaan siap kelak.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, ia dijangka selesai pada Januari depan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak pelaksananya menerusi peruntukan MBI.

“Sehubungan itu, pihak MBI memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna jalan tersebut serta berharap agar para pemandu di situ mematuhi arahan lalulintas.

“Pihak MBI juga mengambil maklum berikutan rungutan pengguna sepertimana dipaparkan dalam beberapa laman media sosial,” ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, beberapa paparan media sosial termasuk laman Facebook komuniti ‘IPOH IPOH AJERR VERSI 2.0’ menyiarkan rungutan pengguna berikutan kerja-kerja pembaikan di jalan itu yang didakwa menyebabkan masalah lalu lintas.

Dakwa mereka, jalan di situ yang berlopak-lopak serta sebahagian laluan ditutup sejak seminggu lalu menyulitkan para pemandu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI