fbpx

Tentera Darat mohon maaf lalu lintas sesak kereta kebal rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta kebal PT-91M Pendekar mengalami kerosakan di susur dari Carcosa menghala ke KL Sentral semalam.

PETALING JAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) memohon maaf atas insiden dua kenderaan pasukan itu rosak semasa menyertai raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022 sehingga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan di sekitar ibu kota semalam dan hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Sel Perhubungan Raya Markas TDM berkata, insiden itu melibatkan dua jenis kenderaan iaitu kereta kebal PT-91M Pendekar dan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (Prime Mover).

Katanya, insiden pertama berlaku semalam kira-kira pukul 10.30 pagi apabila kereta kebal tersebut mengalami kerosakan di Jalan Damansara, iaitu di susur keluar Carcosa ke KL Sentral.

“Kenderaan itu baru selesai menjalani raptai perbarisan dan dalam perjalanan ke tempat parkir Kenderaan Jenis A (KJA) sebelum berhenti secara tiba-tiba akibat masalah enjin.

“Armoured Recovery Vehicle (ARV) kemudian diatur gerak bagi memberi bantuan menarik kenderaan itu dan berjaya dialihkan ke tempat parkir KJA di Muzium Negara pada jam 11 pagi untuk kerja pembaikan,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kejadian kedua pula pagi tadi, kira-kira pukul 11.26 pagi berdekatan Muzium Negara.

Katanya, insiden kedua melibatkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (Prime Mover) yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi telah mengalami masalah enjin serta tidak dapat dihidupkan.

“Sejurus kejadian, anggota mekanik diaturgerak ke lokasi dan membuat kerja pembaikan. Kenderaan tersebut siap dibaiki pada pukul 12.30 tengah hari dan meneruskan kembali perjalanan,”ujarnya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah, sebanyak 129 aset TDM terlibat dalam perarakan sempena Hari Kebangsaan kali ini dan TDM memohon maaf susulan dua insiden yang berlaku. -KOSMO ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI