fbpx

Kabel, komponen lampu limpah Stadium Perak dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada Selasa lalu. - Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengalami kerugian RM135,000 selepas bilik yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak dipecah masuk, Selasa lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kejadian itu disedari ketika pihaknya membuat kerja-kerja selenggara lampu limpah bagi persiapan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim ini.

Katanya, pasukan selenggara telah mendapati bilik High Mast Pole No 3 di pecah masuk.

“Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pihak Majlis telah pun membuat laporan kepada polis pada hari kejadian dan siasatan lanjut dijalankan dengan mengambil keterangan daripada beberapa individu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, pihaknya akan memperketatkan kawalan keselamatan di keseluruhan Stadium Perak.

“Kerja-kerja pembaikan telah bermula bagi membolehkan perlawanan pertama pasukan Perak FC menentang KedH Darul Aman FC dalam Liga Super dapat diadakan mengikut jadual,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial gambar kejadian kes curi kabel dan lampu limpah stadium hingga mengundang reaksi kurang senang peminat bola sepak Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI