fbpx

MBI dicadang bangunkan Bukit Kledang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Zin

SUNGAI SIPUT – Jabatan Perhutanan Perak mencadangkan kawasan rekreasi Bukit Kledang di kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong, Daerah Kinta diuruskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, langkah tersebut membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengurus dan membangunkan kawasan berkenaan dengan lebih baik.

Katanya, pengurusan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu nanti akan merangkumi bayaran permit memasuki hutan simpan berkenaan.

“Berkaitan bayaran permit, seperti mana kita maklumkan, kita akan membuat kajian dan bentangkan kepada pihak berkuasa negeri (Exco).

“Bagaimanapun, cadangan terbaharu ialah beri permit kepada MBI dan agensi terbabit yang akan majukan kawasan itu. Terpulang kepada MBI (menguruskan) sebab kita memang cari satu badan atau agensi yang boleh uruskan kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Operasi Bersepadu SMART Patrol negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput di sini hsemalam.

Menurut beliau, sebelum ini pihaknya pernah menawarkan kawasan rekreasi itu kepada komuniti setempat untuk diuruskan namun tiada mana-mana pihak yang sanggup membangunkan kawasan tersebut.

“Baru-baru ini kita dapat laporan ada kes denggi dan aduan tandas kotor. Kita tidak bangunkan kawasan itu, komuniti yang bangunkan dan menjadi tanggungjawab merekalah untuk uruskan.

“Jadi, apabila berlaku kes seperti itu, kenalah kita buat gotong-royong, bersihkan dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI