fbpx

Telinga bernanah berpunca daripada putik kapas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang gadis yang mengalami masalah telinga bernanah di media sosial baru-baru ini.

PETALING JAYA – Gara-gara sering menggunakan putik kapas untuk mencuci dan membersihkan kotoran di dalam telinga, seorang gadis mengalami kesakitan di telinganya sehingga mengeluarkan nanah.

Menerusi satu perkongsian video oleh @faridaharshad di laman TikTok, gadis tersebut menjelaskan pada awalnya dia hanya menyangka air yang keluar dari telinga adalah air biasa, tetapi sebenarnya nanah sambil menunjukkan kapas yang mempunyai cecair tersebut.

Menurut keterangan pada video tersebut, kesakitan yang dialaminya semakin hari bertambah sakit sehingga terdapat letupan di telinganya.

“Malam tadi tak tidur langsung, sebab telinga saya sakit dan saya tak tahu ada apa, tapi saya letak kapas.

“Saya dah guna tiga hingga empat kapas, masih basah dan nanah keluar banyak. Sekarang saya dalam perjalanan nak ke hospital,” katanya sambil menangis menerusi video tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut, turut berkongsi cerita dan pengalaman mereka di ruangan komen.

“Saya tak pernah cuci sampai dalam, tapi dinding telinga bengkak dan kemudian tak pernah cuci guna putik kapas langsung dah, kalau nak buang tahi telinga pergi klinik terus,” kata @Ladybear.

“Pernah juga jadi tapi gegendang telinga tak ada masalah, sumpah sakit sangat sebab selalu cuci telinga sampai keluar darah,” kata @adam.

“Saya tengah laluinya sekarang, sakit sangat, sampai sakit separuh kepala hingga demam. Serik rasa nak guna lagi, hampir sebulan tanggung kesakitan,” kata @DHIAA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI