fbpx

Pengunjung banjiri AKM di hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung mula beratur untuk memasuki dewan pameran AKM di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

KUALA LUMPUR – Pusat konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) mula dibanjiri orang ramai sempena Program 100 Hari Apresiasi Keluarga Malaysia (AKM) seawal pukul sembilan pagi tadi.

Difahamkan, AKM yang dijadualkan berlansung bagi tempoh empat hari itu akan disempurnakan melalui majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.

Di samping itu, terdapat banyak aktiviti menarik sepanjang program melibatkan lebih 30 pameran pelbagai kementerian dan agensi serta karnival kerjaya dan program Jom Masuk IPT.

Turut menjadi tarikan sepanjang minggu adalah persembahan kebudayaan dan kesenian, sukan rakyat, pameran dan jualan usahawan, galeri pencapaian kementerian, program bantuan serta sesi pemadanan perniagaan.

Sementara itu, antara tumpuan buat pengunjung yang hadir adalah untuk menikmati kadar diskaun sehingga 80 peratus bagi pembayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, orang ramai turut diingatkan untuk memberi kerjasama dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI