fbpx

Saifuddin melawat China, pelopori usaha pasca pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Abdullah dan Wang Yi pernah bertemu dalam lawatan rasmi di Beijing pada 12 September 2019. – Foto XINHUA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan rasmi ke China bermula hari ini atas undangan rakan sejawatannya dari negara tersebut, Wang Yi.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, lawatan berkenaan menandakan hubungan erat dan kesediaan Malaysia-China dalam usaha mempelopori pemulihan serta mempromosikan kemakmuran selepas kesan buruk wabak.

Lawatan selama dua hari itu akan turut diiringi para pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dengan beberapa mesyuarat bakal berlangsung antaranya dengan kedua-dua menteri akan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kerjasama Pasca Era Covid-19 yang ditubuhkan pada 1 April lalu.

Mesyuarat julung kali tersebut ujar Wisma Putra, bakal diadakan secara hibrid dengan para pegawai dari pelbagai kementerian yang berkaitan di sini akan menyertainya secara maya.

Program itu merupakan mekanisme dua hala di peringkat menteri dengan mereka dijangka membincangkan pelbagai kerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara termasuk Kerjasama Strategik Komprehensif Malaysia-China dengan beberapa bidang akan dibincangkan antaranya perdagangan dan pelaburan serta sains dan teknologi.

“Turut bakal disentuh nanti ialah bidang ekonomi digital, komoditi dan perniagaan pertanian, diplomasi kesihatan, diplomasi budaya, pendidikan serta pelancongan,” jelas kenyataan itu.

Wisma Putra menambah, kedua-dua menteri luar itu juga akan bertukar-tukar pandangan negara masing-masing mengenai isu hal ehwal perkembangan serantau dan antarabangsa.

Semua program yang diatur turut disahkan mematuhi prosedur operasi standard pencegahan Covid-19 yang ketat seperti dipersetujui oleh pihak berkuasa Malaysia dan China sendiri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI