fbpx

Giroud bakal jadi sandaran Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD (kanan) mungkin menjadi pilihan untuk mengetuai jentera serangan Milan berdepan Atletico awal pagi esok. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli sudah mempunyai gambaran jentera serangannya menghadapi Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara di Estadio Wanda Metropolitano awal pagi esok.

Hanya kemenangan akan kembali membuka peluang buat Milan, selain mengharapkan Porto tewas kepada Liverpool dalam satu lagi aksi Kumpulan B awal pagi esok.

Berdasarkan laporan MilanNews, Pioli lebih cenderung untuk menurunkan Olivier Gi­roud dalam kesebelasan utama berbanding Zlatan Ibrahimovic walaupun penyerang veteran Sweden itu berada pada tahap terbaik ketika ini.

Ibrahimovic berjaya meledak dua gol buat The Rossoneri ketika tewas 3-4 kepada Fiorentina pada Ahad lalu sekali gus merekodkan kekalahan pertama mereka dalam saingan Serie A musim ini.

Bagaimanapun, Pioli percaya skuad bimbingannya mampu bangkit daripada kekalahan itu walaupun menurunkan mana-mana pemain sekalipun dalam kesebelasan utama untuk pertembungan getir awal pagi esok.

“Kami perlu merasai ‘ke­sakitan’ ini untuk memastikan ia tidak berlaku lagi. Saya percaya Milan masih sebuah pasukan yang kuat walaupun kami melepaskan empat gol.

“Saya yakin para pemain sudah mempelajari sesuatu daripada kekalahan ini. Sekarang masa untuk mereka buktikan dengan bangkit menunjukkan aksi terbaik menentang Atletico.

“Atletico juga lawan yang sukar tetapi kami mempunyai misi lebih mustahak kerana hanya kemenangan akan dapat memastikan kami terus bersaing di pentas Eropah,” kata Pioli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI