fbpx
ARSENAL yakin mereka memiliki pasukan yang lebih lengkap dan berkualiti untuk mengesahkan tempat ke pentas final UCL musim ini. - AFP

UCL: Arsenal mahu bekalan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bintang tengah Arsenal, Declan Rice berharap rakan sepasukannya dapat menyerap tekanan dalam misi melakar sejarah menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid, awal pagi esok.

Sebagai rekod, The Gunners akan bertandang ke Stadium Metropolitano, Madrid untuk aksi pertama dengan misi meraih bekalan selesa sekali gus memburu tiket ke final UCL buat kali kedua dalam tempoh 20 tahun.

Menurut Rice, musim ini menyaksikan The Gunners memiliki kualiti untuk mengubati kekecewaan selepas disingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi separuh akhir UCL musim lalu.

Rice berkata, pengalaman lepas telah mematangkan rakan-rakan sepasukan untuk mencipta sejarah baharu pada musim ini.

“Kami sudah melalui banyak perlawanan besar sejak beberapa musim lepas, jadi kami tahu apa yang perlu dijangka.

“Sekarang kami berjaya layak ke separuh akhir sekali lagi dan sebagai pemain, kita perlu sahut cabaran dalam misi layak ke pentas final,” katanya.

Dalam perkembangan sama, skuad kendalian Mikel Arteta resah menanti tahap kecergasan Eberechi Eze dan Kai Havertz yang mengalami kecederaan pada aksi menentang Newcastle United, minggu lalu.

Rice mengakui kehadiran Eze amat penting menjelang pertemuan dengan Atletico nanti.

“Apa yang Eze lakukan sejak bersama pasukan memang luar biasa. Dia pemain utama dan kami sangat memerlukan khidmatnya pada baki saingan musim ini,” katanya.

Sementara itu, Arteta memuji keberanian barisan pemain untuk mencari variasi taktikal termasuk situasi sepakan penjuru yang dijangka memberi ancaman buat skuad kendalian Diego Simeone nanti.

“Bila lawan mula membaca corak permainan, kami perlu cari jalan lain. Apa yang saya suka adalah keberanian pemain untuk buat keputusan ketika berada dalam tekanan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN