fbpx
Dr. Fie kini semakin bahagia dengan kehidupannya.

Bekas isteri Nubhan sudah temui bahagia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KISAH rumah tangga penyanyi Nubhan bersama bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sudah pun berakhir pada Disember tahun lalu selepas sedekad bersama.

Namun seperti biasa, selepas satu bab ditutup, muncul pula cerita baharu yang mencuri perhatian.

Menurut burung yang berkicau di telinga Diva, bekas isteri Nubhan dikatakan sudah menemui kebahagiaan.

Walaupun masih dalam fasa berkawan hubungan tersebut dikatakan mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

Malah sumber lain pula ada ternampak gambar doktor gigi yang manis itu bersama beberapa individu bergambar di hadapan sebuah pesawat persendirian.

Mungkin ke destinasi tertentu, cuma secara tidak langsung seakan-akan mengesahkan ‘rakan’ baharunya itu merupakan orang kuat sebuah syarikat besar.

Jika benar, Diva hanya mendoakan yang terbaik buat Dr. Fie. Hidup perlu diteruskan, luka lama tidak wajar terus dijadikan beban.

Setiap insan berhak mengecap bahagia dengan cara sendiri. Apa yang penting, biar langkah diatur dengan tenang tanpa perlu menghiraukan suara luar.

DIVA: Komen Zila Bakarin dalam Threads memang mencuit hati, pedas tapi berseni!  Cuma makin lama, semakin menjadi-jadi pula, relaks-relaks sudah kakak!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN