fbpx
Hantaran pemergian Umer Chapra yang dimuat naik Facebook Anwar hari ini.

Pemergian Umer Chapra kehilangan besar buat dunia kesarjanaan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemergian Profesor Dr.Umer Chapra sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kesarjanaan dan keilmuan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tokoh ekonomi Islam itu mengabdikan seluruh kehidupannya untuk memperjuangkan keadilan, memperkasa pemikiran serta mengangkat martabat insan menerusi ilmu.

“Dunia keserjanaan dan keilmuan Islam hari ini telah kehilangan salah seorang putera terbaiknya.

“Pemergian Profesor Dr. Muhammad Umer Chapra menandai berakhirnya satu hayat yang diabdikan sepenuhnya kepada perjuangan menegak keadilan, memperkasa pemikiran dan mengangkat martabat insan dengan ilmu sebagai wahana,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Anwar berkata, ketika ekonomi sering dipisahkan daripada pertimbangan akhlak dan kemanusiaan, almarhum tampil mengingatkan masyarakat bahawa kemakmuran tanpa keadilan hanyalah satu fatamorgana.

“Melalui tulisan dan pemikirannya, beliau menghidupkan kembali tradisi intelektual Islam yang menaut kemajuan dengan insan, serta pertumbuhan dengan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Legasi beliau akan terus menjadi obor yang menerangi ikhtiar umat untuk membangunkan sistem ekonomi yang lebih adil, manusiawi dan bermaruah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN