fbpx
Tangkap layar video memaparkan peserta RXZ Members 8.0 ketika membersihkan sebuah inap desa.

Peserta RXZ 8.0 dipuji cuci homestay sebelum pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap bertanggungjawab sekumpulan peserta RXZ Members 8.0 yang mengemas dan membersihkan homestay (inap desa) sebelum pulang dari Terengganu mengundang pujian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, firdaus_daniel memaklumkan mereka mengambil inisiatif mengemas penginapan yang didiami sebagai tanda menghargai jasa pemilik homestay selepas tamat program berkenaan.

“Alhamdulillah, tamat sudah RXZ Members 8.0 pada tahun 2026. Macam biasa menjaga kebersihan homestay adalah tanggungjawab kita bersama. Sebelum balik kita kemas-kemas dulu. Insya-Allah tahun depan kita jumpa lagi. Terima kasih orang Ganu,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai memuji sikap peserta yang disifatkan prihatin dan bertanggungjawab.

“Terima kasih tolong basuhkan. Kebanyakan owner (pemilik) homestay kat Ganu ni orang tua-tua, kemas pun sendiri. Sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan beban mereka,” kata symimisfpddn.

“Terima kasih datang ke Terengganu. Jangan serik datang lagi, semoga selamat perjalanan balik dan selamat sampai,” komen azri_ahmad99.

RXZ Members 8.0 merupakan penganjuran tahunan yang menghimpunkan ribuan pemilik dan peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara di Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN