fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh Izzatclanial memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di tengah jalan.

[VIDEO] ‘Main basikal lajak tengah jalan, kalau kena langgar…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi berbahaya sekumpulan kanak-kanak yang menunggang basikal lajak di tengah-tengah jalan raya mengundang kemarahan pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Threads oleh Izzatclanial, dia berkongsi sebuah video memaparkan gelagat sekumpulan kanak-kanak yang leka beraksi tanpa memikirkan risiko keselamatan diri dan pemandu lain.

“Budak budak mana lah ni menyusahkan orang main basikal lajak tengah-tengah jalan. Kalau kena langgar apa pun tak dapat, kesian mak ayah,” katanya.

Seorang pengguna, Freddylong1969 meluahkan kebimbangan bahawa pemandu kenderaan lain pula yang bakal dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan tidak diingini akibat tindakan meluru kanak-kanak tersebut.

“Nanti kalau dah kena langgar, salahkan orang lain pula, orang lain yang kena bertanggungjawab. Mohon ibu bapa pantau dan tegas dengan anak-anak,” ujarnya.

Malah, ada juga pengguna yang menggesa agar tindakan undang-undang dikenakan terus kepada penjaga bagi memberi pengajaran setimpal.

“Tak boleh ke kenakan tindakan pada mak bapa budak-budak macam ni? Penjara setahun dua ke? Segala-galanya bermula dari rumah. Kalau mak bapa tak bagi main benda ni, lepas itu tegas sikit, budak-budak tu tak boleh buat apa,” kata Mangkey_h.

“Kalau jumpa tahan saja budak-budak tu. Kalau kita dah nampak jadi tugas kita untuk nasihat mereka. Ambil nama dan sekolah mereka, pergi jumpa cikgu disiplin untuk tindakan lanjut,” tambah Ard.donivia. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN