fbpx
Salah seorang pengundi menunjukkan jari berdakwat selepas selesai membuang undi pada PRN Negeri Sembilan hari ini.

‘Undi saya bukan lagi rahsia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Selesai, alhamdulillah. Undi saya bukan lagi rahsia, saya undi…”

Itu antara perkongsian yang tular di media sosial apabila segelintir pengundi dilihat tidak lagi berselindung mengenai pilihan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.

Malah, ada yang secara terbuka memuat naik gambar jari berdakwat dengan mendedahkan calon atau parti yang diundi oleh mereka.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

“Tiada tapis-tapis dah… maju terus. Tahniah, kami tak sabar tunggu keputusan Negeri Sembilan.”

“Sekarang tak rahsia dah.”

“Ini baru betul. Undi hak masing-masing, tak payah rahsia-rahsia.”

Seramai 889,490 pengundi berdaftar yang layak dijangka keluar mengundi pada PRN Negeri Sembilan hari ini.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan seramai 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN