fbpx
SELEPAS menikahi Farra Inalis, Caprice secara automatik harus menjalankan tanggungjawab sebagai bapa tiri kepada Aleesya.

Caprice nak ajar anak tiri bahasa Inggeris, Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KECOH sebentar dunia hiburan apabila Caprice mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis, wanita cantik yang berasal dari Kelantan.

Paling menarik perhatian ramai pastinya tentang kesudian pelantun lagu Baby Sayang itu mengahwini seorang janda anak satu.

Tanpa berselindung, Caprice turut memuat naik foto mesra bersama anak tirinya bernama Aleesya Sofea yang baru berusia lima tahun.

“Saya akan mengajarnya bahasa Inggeris dan Perancis,” tulis Caprice dalam sekeping foto bersama kanak-kanak comel itu baru-baru ini.

Bertuah betul anaknya nanti sebab memiliki seorang ayah yang boleh mengajarnya dia pelbagai bahasa. Umum tahu Caprice sangat fasih berbahasa Inggeris.

Rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan aktivis kemanusiaan terkenal itu dengan isterinya.

Belum terlambat rasa nak ucap selamat pengantin baharu. Semoga bahagia hingga ke syurga.

MIZZ LAHAR: Lucu baca komen netizen yang mahu menonton detik Caprice melafazkan akad nikah.

POPULAR