LAMA Diva tak dengar cerita tentang selebriti media sosial, Kasih Iris Leona atau Leona Baru-baru ini, Diva tertarik dengan luahannya mahu pergi bercuti.
Katanya, dia hampir kemurungan kerana tidak bercuti ke mana-mana lokasi.
“Sekarang ini saya tidak ada rancangan nak pergi bercuti dan macam nak gila!
“Kawan-kawan saya pun penat ikut rentak dan melancong bersama. Mungkin saya patut bercuti secara solo dan cari mamat ‘handsome’ di sana. Saya memang betul-betul sangat perlukan percutian,” katanya.
Lain macam luahan Leona. Apa pun harap dia dapatlah percutian yang diinginkan dan tidak kemurungan.
DIVA: Lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno diramal menang Anugerah Juara Lagu ke-40. Diva tak setuju.














