fbpx

Enggan disembelih, lembu lari ‘bermain’ gelongsor air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu itu menaiki gelongsor sebelum dijadikan haiwan peliharaan. - YouTube/Region Journal – Sao Jose do Rio Preto

BRASILIA, BRAZIL – Seekor lembu dirakam ‘bermain’ gelongsor air di sebuah taman tema air di Brazil selepas melarikan diri dari sebuah pusat sembelihan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Meskipun berjaya melarikan diri daripada disembelih, haiwan itu berisiko jatuh dari gelongsor air yang tinggi itu.

Bagaimanapun, lembu tersebut ‘bernasib baik’ kerana gelongsor yang direka untuk menampung berat sehingga 204.1 kilogram (kg) itu berupaya menampungnya yang seberat 317.5 kg.

Berdasarkan video yang dikongsikan, ia dilihat memanjat tangga dan menggelongsor turun ke dalam kolam.

Setelah berjemur di bawah matahari, lembu itu mengambil sedikit masa untuk merenung jurukamera di taman tema air yang kosong itu.

Haiwan itu kemudiannya ditemui di Rio de Janeiro, di mana pemilik ladang ternak tersebut berjaya menangkapnya dan menjadikannya haiwan peliharaan serta menamakannya ‘Toboga’ (gelongsor dalam bahasa Portugis). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI