fbpx

West Ham bakal jadi kelab mewah England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOYES (tengah) berjaya membimbing West Ham menjadi antara kuasa bola sepak di England ketika ini. – AFP

LONDON – Selepas Newcastle United, tiba giliran West Ham United pula yang dikatakan bakal menjadi kelab mewah di England selepas bilionair dari Republik Czech, Daniel Kretinsky dilapor­kan berminat untuk mendapatkan pegangan saham kelab itu.

Pemegang saham terbesar kelab ketika ini, David Sullivan dan David Gold dilaporkan sudah mencari pelabur sejak beberapa tahun lalu, namun mereka dilaporkan tidak berhajat untuk menjual keseluruhan pemilikan kelab berkenaan seperti mana dilakukan oleh Mike Ashley di Newcastle.

Perbincangan bersama Kretinsky sudah berjalan sejak 12 bulan lalu dan tokoh korporat berusia 46 tahun itu dilaporkan bakal memiliki 27 peratus pegangan saham di kelab berkenaan.

Sumber memberitahu, ia mungkin langkah awal yang diambil oleh Krestinsky sebelum bakal menguasainya sepenuhnya kelab tersebut dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Kretinsky dikenali sebagai ‘Czech Sphinx’ merupakan seorang peguam sebelum menceburi bidang korporat juga adalah presiden untuk kelab bola sepak Sparta Prague selain beliau juga turut memiliki saham dalam syarikat akhbar France’s Le Monde di Paris serta syarikat penghantaran Royal Mail di Sainsbury.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif EPH yang merupakan kumpulan syarikat pembekalan tenaga yang terbesar di Eropah tengah dan majalah perniagaan Forbes pernah mendedahkan bahawa Kretinsky memiliki kekayaan dianggarkan AS$4 bilion (RM16.56 bilion)

Sejak 12 bulan lalu, West Ham telah menolak dua tawaran daripada firma pelaburan yang berpangkalan di Paris iaitu PAI Capital selain turut mengecewakan hajat US Konsortium yang mahu memiliki kelab itu.

Sullivan dan Gold dikatakan menolak tawaran berkenaan kera­na enggan kehilangan pe­ngaruh di kelab berkenaan sebaliknya mereka hanya mahu mencari pelabur yang mahu memegang sebahagian kecil saham tetapi mampu menyuntik dana untuk kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI