fbpx

Terjumpa, berkenalan dengan isteri ketika PKP – Fizo Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO OMAR berkongsi kisah pertemuan dengan isterinya malam tadi.

PETALING JAYA – “Saya jumpa isteri dekat somewhere (suatu tempat). Selepas itu kami berkenalan, berkawan dan bercinta di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)”.

Demikian sedikit perkongsian yang diberitahu oleh pelakon, Fizo Omar apabila mendedahkan proses perkenalan antara dirinya dengan isteri, Fazeera Nazri Azrai selepas seminggu bergelar suami isteri dalam InstaStory miliknya.

Ujar Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, lagi, dia berkawan dan mengenali hati budi wanita berusia 25 tahun itu selama lebih kurang setahun sebelum mengambil keputusan untuk menikahinya.

“Saya kenal isteri lebih kurang setahun. Sebelum ini dia bekas pramugari Qatar Airways dan tinggal di Doha. Kemudian dia balik ke Malaysia disebabkan PKP.

“Ketika itulah kami terjumpa dan berkenalan, berkawan dan bercinta ketika PKP. Isteri tinggal di Kuala Lumpur dan bukannya di Sarawak,” kata Fizo.

Menerusi pendedahan itu juga, Fizo berkata apa yang penting menerusi perkahwinannya dengan Fazeera adalah kerana anaknya, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun boleh menerima kehadiran wanita tersebut.

“Apa yang paling penting, Maryam okay dengan isteri,” katanya ringkas.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana pada 21 Oktober lalu di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI