fbpx

Gadis diekori lelaki ‘psiko’ semasa berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita mendakwa dia telah diganggu oleh lelaki 'psiko' yang mengaku bawa dirinya pengawal keselamatan di kawasan berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas mendakwa diganggu seorang lelaki psiko ketika bermain basikal di sebuah kawasan perumahan pada waktu malam.

Kejadian itu dikongsi wanita tersebut yang menggunakan akaun @psychomoonchildbuddy menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang memaparkan dia diganggu lelaki bermotosikal.

Menurutnya, lelaki itu mula mengekorinya selepas melihat dia bermain basikal seorang diri sebelum menghampirinya dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah.

“Saya bermain basikal tak sedar ketika itu sudah pukul 10 malam. Ada seorang lelaki ikut saya walaupun saya tukar laluan sehingga saya berhenti.

“Dia tanya nama dan tinggal di mana serta minta nombor telefon. Saya keluarkan telefon sebelum dia tiba-tiba mengaku sebagai pengawal keselamatan,” katanya dalam video itu.

Melihat tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan, wanita itu menjerit meminta pertolongan.

“Jerit macam nak mati, orang keluar rumah tapi tengok dari dalam pagar,” dakwa mangsa ketika menjawab komen daripada pengikutnya.

Perkongsian video itu juga turut meraih 628,400 ribu tontonan dan 50,800 tanda suka selain mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

“Nasib akak berani dan bagus juga tak kayuh pergi, takut bila dekat tempat sunyi macam-macam boleh jadi,” kata @Faraazack.

“Kenapa dengan jiran-jiran dekat sana, kasihan tengok akak ini jerit tapi masih tak ada yang keluar tolong,” kata @Ainunmata.

“Saya hormat awak sebab berani, tapi masih tak boleh terima kerana ada komen yang masih salahkan perempuan sebab dia berani, kalau dia duduk diam mesti orang salahkan perempuan juga,” ujar @Ciksyaf1.

Terbaru, wanita itu telah membuat laporan polis dan telah disahkan bahawa suspek bukan peronda di kawasan berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI