fbpx

Guru cemerlang terima anugerah Global Teacher Award 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komathy menunjukkan modul mata pelajaran kimia yang membantunya merangkul anugerah antarabangsa Global Teacher Award 2021.

IPOH – Seorang pendidik yang pernah menerima pengiktirafan Guru Cemerlang Kimia sebelum ini, dipilih menerima anugerah antarabangsa Global Teacher Award 2021.

V. Komathy, 38, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh menerima pengiktirafan itu pada majlis yang dianjurkan secara maya melalui laman Facebook rasmi dan saluran YouTube AKS Education Awards sekitar pukul 6.30 petang hari ini.

Penganugerahan ini sangat membanggakan kerana beliau merupakan salah seorang daripada 26,000 peserta dari seluruh dunia yang disenarai pendek untuk menerima anugerah berkenaan.

Komathy merupakan lulusan Sarjana Pendidikan Kimia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini sedang melanjutkan pelajaran kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini menzahirkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima makluman daripada pihak penganjur mengenai kemenangannya itu menerusi emel pada 29 September lalu.

Menurut Komathy, pengiktirafan yang diterima itu menjadi penyuntik semangat dan motivasi kepada dirinya untuk membawa lebih banyak pembaharuan dalam pembelajaran Kimia.

“Penghargaan ini begitu besar dan sebagai guru sudah tentu saya terharu dan berbangga kerana usaha kecil yang dilakukan selama ini mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Saya harap pengiktirafan ini dapat dijadikan inspirasi kepada guru-guru lain untuk berusaha lebih gigih mendidik anak bangsa dengan cemerlang,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini.

Komathy juga merupakan penerima Anugerah Wanita Inspirasi Global 2021 dan pingat emas bagi Pameran Inovasi Saintis Muda Malaysia 2021 (Mysie2021) (Sains Persekitaran). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI