fbpx
Gambar hiasan.

Lagi kes guru wanita jadi mangsa ‘scammer’, rugi RM431,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang guru wanita dari Raub mengalami kerugian RM431,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian pada 2 Februari lalu itu bermula selepas mangsa yang berusia 42 tahun menerima panggilan daripada individu yang menyamar pegawai syarikat takaful.

“Mangsa kemudian disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan dimaklumkan terlibat dalam kes tuntutan insurans palsu berjumlah RM68,000, pengubahan wang haram dan rasuah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mangsa diarahkan untuk mengisytiharkan akaun bank dan menukar nombor telefon bagi tujuan perbankan internet sebelum membuat beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank di bawah kawalan suspek kononnya bagi tujuan pengurusan kes dan jaminan mahkamah.

Katanya, akibat terperdaya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM431,000 melibatkan wang simpanan peribadi, pinjaman dan pajakan barang kemas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN