fbpx
Gambar hiasan

Guru disyaki sentuh pelajar OKU di bilik guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Guru lelaki berstatus warga emas sebuah sekolah menengah di Jasin disyaki mencabul seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di dalam bilik guru, Khamis lalu.

Perbuatan keji suspek berusia 60 tahun itu terbongkar selepas mangsa, pelajar Tingkatan 3 menceritakan kejadian itu kepada kakaknya selepas berasa trauma dan takut hendak ke sekolah.

Menurut sumber, mangsa mendakwa kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari 16 April lalu ketika mangsa dan dua rakannya ke bilik guru berkenaan.

“Bagaimanapun suspek tiba-tiba menghampiri dan menyentuh pelajar itu yang merupakan OKU lemah dalam pembelajaran menyebabkannya terkejut,” katanya.

Tambah sumber itu, suspek turut berpesan kepada mangsa agar tidak memberitahu kepada sesiapa kejadian itu walaupun perbuatan keji itu dilihat rakan pengadu.

“Kejadian mengakibatkan mangsa takut dan tidak mahu ke sekolah sehinggalah terpaksa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN